Sabtu, 7 Ogos 2010

KESAN OBESITI

Psikologi
Kesihatan mental yang disebutkan bukanlah mengaitkan obesiti dengan penyakit ‘gila’ atau masalah otak tetapi lebih kepada kesan kepada emosi individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes hasil interaksi sosial.

Mengimbas zaman sekolah, boleh dikatakan hampir semua daripada kita mempunyai interaksi dengan individu dengan berat badan berlebihan. Boleh dikatakan di mana sahaja seseorang yang ‘besar’ badannya bersekolah, pasti ada yang mendiskriminasi atau mengejek. Ini mungkin akan meninggalkan kesan psikologi kepada kanak-kanak tersebut, menyebabkan tahap keyakinan dirinya semakin rendah.

Kesan diskriminasi pada usia muda ini akan dibawa sehingga mereka dewasa dan mungkin membawa kepada masalah hidup yang menjejaskan tahap kepuasan hidup individu yang berbadan besar. Pelbagai kajian untuk mengukur kesan saiz badan terhadap psikologi seseorang telah dijalankan di luar negara. Sebagai kesinambungan terhadap kajian di Barat, satu kajian hampir serupa telah dimulakan di Malaysia.

kesihatan seksual terjejas

Selain daripada itu, Obesiti juga didapati memberikan kesan yang tidak diingini terhadap kesihatan seksual seseorang, hasil dari kajian terbaru yang secara asasnya mendapati orang dewasa yang mengalami obesiti kurang aktif dalam seks dan masalah ereksi bagi lelaki manakala bagi wanita pula akan terdedah kepada kandungan tidak terancang.
Dalam kajian tersebut seramai 12,300 orang dewasa berumur 18 hingga 69 tahun terlibat dan 411 responden wanita dan 350 responden lelaki yang terlibat menghadapi isu obesiti. Dapatan kajian tersebut mendapati lelaki yang obes 2.5 kali lebih tinggi menghadapi masalah ereksi atau erectile dysfunction dan lebih terdedah kepada jangkitan penyakit kelamin.
Manakala wanita yang mengalami obesiti pula 4.3 kali lebih cenderung untuk mengandung tanpa dirancang berbanding mereka yang tidak mengalami masalah obesiti.
Kajian tersebut telah dilakukan di Perancis dan United Kingdom dan diterbitkan di British Medical Journal (BMJ) yang dimiliki oleh British Medical Association. Walaubagaimanapun kajian tersebut juga menyebut faktor lokasi, budaya dan gaya hidup mungkin akan mempengaruhi dapatan kajian sekiranya dijalankan di tempat lain.


Kerugian dari segi wang ringgit dan muncul masalah yang lebih parah kesan daripada pegambilan pil-pil pelansing dan rawatan pembedahan
ribuan ringgit wang dibelanjakan untuk diet, ubat-ubatan, dan perawatan-perawatan bagi menurunkan berat badan. Tidak berbeza dengan remaja perempuan, remaja lelaki juga takut atau bimbang menjadi gemuk. Bagi mereka, lelaki yang gemuk berlebih dianggap akan mengalami permasalahan yang cukup berat untuk menarik perhatian indan berlainan jenis. Banyak remaja lelaki yang berharap dapat membuatkan tubuh merela ideal (menjadi sedikit berotot atau tegap) dan keinginan mereka untuk itu pada sebahagian remaja disalurkan melalui aktiviti sukan.

Tetapi sayangnya bagi mereka yang gemuk, aktiviti sukan akan terasa sebagai suatu seksaan. Hal inilah yang seringkali dimanfaatkan oleh para penjual produk-produk ubat-ubatan atau makanan penurun berat badan dan alat sukan ringan untuk melariskan barangan perniagaan mereka.

Hal ini tergambar menerusi banyaknya wang yang dikeluarkan untuk melakukan diet, membeli ubat-ubatan pelangsing dan peralatan sukan yang bertujuan untuk menurunkan berat badan. Obesiti atau kegemukan terjadi pada ketika badan menjadi gemuk (obese) yang disebabkan oleh penumpukan ‘adipose’ (adipocytes: jaringan lemak khusus yang disimpan di dalamtubuh) secara berlebihan. Jadi, obesiti adalah keadaan di mana seseorang memiliki berat badan yang lebih berat dibandingkan berat idealnya yang disebabkan terjadinya pengumpulan lemak di dalam tubuhnya.

Berhadapan dengan obesiti, seringkali seseorang remaja memberi tindak balas secara berlebihan. Kerap pula mereka menjadi kecewa kerana meskipun sudah melakukan diet secara terancang dan ketat serta mengambil ramuan atau ubat-ubatan penurun berat badan, ternyata kegemukan tubuh tidak juga susut. Pebedahan-pembedahan yang bertujuan untuk buang lemak juga tidak berkesan, merugikan kewangan atau menelan belanja yang tinggi malah boleh meragut nyawa individu yang menjalani pembedahan ini.


Risiko kesihatan
Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung), Strok (angin ahmar), Tekanan darah tinggi, Batu hempedu, Diabetes (kencing manis), Paras kolestrol darah yang tinggi, Gout, Sakit di bahagian bawah belakang badan, Sukar bernafas, Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut gangguan pembuangan air kecil, Penyakit hati dan barah usus. Hal ini amat membimbangkan mereka yang mengalami masalah obesiti.